Sambutan Hari Bapa

Bapa adalah antara individu paling penting dalam kehidupan kita. Selepas ibu, bapa merupakan orang yang bertanggungjawab membesarkan dan mencorakkan kehidupan awal anak-anak. Oleh itu, sambutan Hari Bapa seharusnya diraikan sebaik mungkin untuk menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bapa.

Sambutan Hari Bapa ini dikata bermula di Amerika Syarikat oleh Sonora Dodd dari daerah Spokane untuk mengenang jasa bapanya, William Smart. Tradisi Hari Bapa kini dirayakan setiap tahun di serata dunia pada Ahad ketiga pada bulan Jun. Di antara aktiviti yang seringkali dilakukan bersempena Hari Bapa adalah pemberian hadiah oleh anak-anak kepada para bapa, serta kegiatan kekeluargaan bagi mengeratkan lagi ikatan keluarga.

Terima Kasih Pahlawan Negara

Keselamatan dan keharmonian sesebuah negara adalah sangat penting bagi masyarakat di negara tersebut untuk hidup aman dan selesa. Anggota keselamatan tentera, polis dan juga bomba memainkan peranan penting dalam menjamin keamanan negara. Pengorbanan mereka amat besar kepada masyarakat dan membolehkan negara menjadi maju dan makmur.

Anggota tentera, polis dan juga bomba gigih berusaha untuk menjaga keselamatan dan kemanan negara. Jasa mereka dalam menjaga keamanan negara tidak seharusnya dilupakan masyarakat Malaysia. Tanpa pengorbanan mereka, tidak mungkin kita berada di sini untuk hidup dalam keadaan aman dan penuh ceria. Terima kasih kepada anggota tentera, polis dan juga bomba atas jasa dan kerja keras mereka. Jasamu sentiasa diingati dan dijunjungi.

Happy Home Ulangtahun KE-20

Ini adalah suatu detik yang sungguh membanggakan bagi kami di Happy Home. Sambil meraikan ulangtahun yang ke-20, kami akan meneruskan tradisi memberi membalas sokongan anda pelanggan kami dengan promosi dan berbagai idea-idea yang menarik. Sepanjang tahun 2019 ini, anda boleh ceria menyertai pelbagai aktiviti yang direka untuk seisi keluarga anda. Anda sekeluarga akan menikmati pengalaman membeli-belah meriah di semua setor kami di merata Malaysia.

Artis

Jian seorang artist dari Kuantan, Malaysia. Beliau suka melukis sejak dia masih muda dahulu. Cita-citanya adalah menjadi seorang artist terkenal apabila beliau dewasa. Walaubagaimanapun, beliau menghabiskan perlajarannya dalam sarjana muda kejuruteraan CADCAM yang bukan dalam bidang seni. Selepas itu, beliau cuba menjadi seorang guru sekolah tapi tidak berjaya. Tetapi cita-citanya tidak dilupai pada bila-bila masa. Sekarang, beliau seorang pelukis dan penulis bagi buku kanak-kanak, freelance designer dan pelukis mural. Beliau telah dalam perjalanan untuk menjadi artist terkenal di Malaysia. Berusaha! Rajinlah!

Tarikh akhir: 30.06.2019