Mari  mewarna untuk Happy Home 2019 sempena menyambut Hari Ais Krim Kebanggsaan dan juga pelihara Beruang Matahari.

Beruang Matahari yang Unik

Pernah tidak anda terfikir kenapa beruang ini dinamakan Beruang Matahari? Ini kerana spesis beruang ini adalah spesis yang paling yang terkecil sekali di antara keluarga beruang yang lain. Dan juga oleh kerana karakter fizikalnya yang lain dari spesis beruang biasa yang kita tahu, beruang ini mempunyai tanda di dada mereka sehingga ada yang menganggapnya seperti bentuk matahari terbit dan dari situlah terjadinya panggilan beruang matahari.

Beruang comel ini terdiri daripada pelbagai warna seperti hitam, coklat, merah, kelabu, putih, oren dan juga kuning namun begitu tanda di dadanya hanya mempunyai dua warna sahaja iaitu putih dan keemasan. Beruang ini boleh dijumpai di hutan hujan di Asia Tenggara, dengan ketinggian anggaran 1.2 meter dan berat yang seakan berat manusia iaitu sekitar 65-80 kg sahaja.

Hari Ais Krim Kebangsaan (National  Ice Cream Day)

Siapa yang tidak suka dengan ais krim dalam dunia ini? Ais sudah sebati dalam diri kita, terdapat pelbagai jenis perisa dan bentuk pula tu. Di Amerika Syarikat, mereka menyambut hari ais krim kebangsaan setiap 21 Julai malahan sambutan itu tidak pernah dilupakan hingga ke hari ini.

Tahukah anda bahawa ais krim ‘homemade’ pertama dicipta adalah pada tahun 1843 oleh Nancy Johnson yang menetap di Philadelphia ketika itu, dengan menggunakan mesin tangan sahaja.  Sehingga kini ais krim menjadi kegilaan setiap lapisan umur tidak kira tua atau muda. Kalau anda lebih suka makan ais krim berseorangan atau bersama keluarga di rumah marilah singgah sebentar di Happy Home, kami menyediakan pelbagai jenis gelas dan cawan yang sesuai untuk anda mengisi ais krim.

Happy Home Ulangtahun KE-20

Ini adalah suatu detik yang sungguh membanggakan bagi kami di Happy Home. Sambil meraikan ulangtahun yang ke-20, kami akan meneruskan tradisi memberi membalas sokongan anda pelanggan kami dengan promosi dan berbagai idea-idea yang menarik. Sepanjang tahun 2019 ini, anda boleh ceria menyertai pelbagai aktiviti yang direka untuk seisi keluarga anda. Anda sekeluarga akan menikmati pengalaman membeli-belah meriah di semua setor kami di merata Malaysia.

Artis

Jian seorang artist dari Kuantan, Malaysia. Beliau suka melukis sejak dia masih muda dahulu. Cita-citanya adalah menjadi seorang artist terkenal apabila beliau dewasa. Walaubagaimanapun, beliau menghabiskan perlajarannya dalam sarjana muda kejuruteraan CADCAM yang bukan dalam bidang seni. Selepas itu, beliau cuba menjadi seorang guru sekolah tapi tidak berjaya. Tetapi cita-citanya tidak dilupai pada bila-bila masa. Sekarang, beliau seorang pelukis dan penulis bagi buku kanak-kanak, freelance designer dan pelukis mural. Beliau telah dalam perjalanan untuk menjadi artist terkenal di Malaysia. Berusaha! Rajinlah!

Tarikh akhir: 31.07.2019