Happy Home 20th Years

Happy Home is proud to celebrate our 20th Year of serving Malaysians of all walks of life and backgrounds. Ini adalah suatu detik yang sungguh membanggakan bagi kami di Happy Home. Sambil meraikan ulangtahun yang ke-20, kami akan meneruskan tradisi memberi membalas sokongan anda pelanggan kami dengan promosi dan berbagai idea-idea yang menarik. Sepanjang tahun 2019 ini, anda boleh ceria menyertai pelbagai aktiviti yang direka untuk seisi keluarga anda. Anda sekeluarga akan menikmati pengalaman membeli-belah meriah di semua setor kami di merata Malaysia.

Manfaat dan faedah yang anda sedia nikmat apabila mengunjungi setor kami akan berganda sepanjang musim perayaan harijadi kami. Diharap anda semua datang beramai-ramai!

Happy Home memang terkenal sebagai sebuah setor yang menjual pelbagai barangan keperluan rumah. Ini termasuk:

  • Pelbagai barangan rumah untuk dapur, bilik mandi, ruang tamu & halaman rumah.
  • Kelengkapan untuk ke sekolah
  • Perkakas dan kelengkapan untuk berniaga/restoran
  • Barangan/perhiasan perayaan
  • Alatulis
  • Barangan dan kelengkapan untuk kereta
  • Dan lain lain.

Rafflesia Malaysia

Rafflesia adalah bunga rasmi negeri Sabah. Ia adalah bunga yang terbesar di dunia, dijumpai pada pertama kali oleh seorang penolong kepada peneroka British Dr. Joseph Arnold di Indonesia pada tahun 1818. Rafflesia dinamakan selepas pegawai yang ternama pada masa itu, Sir Stamford Raffles. Saiznya memang besar, is boleh tumbuh sehingga berukuran melintang 95 sentimeter (yakni 3 kaki). Dalam Bahasa Melayu, ia dikenali dengan nama Bunga Pakma. Di merata dunia, terdapat 55 jenis bunga Rafflesia, diantaranya 9 spesis wujud di pulau Borneo sendiri.

Artis

Jian seorang artist dari Kuantan, Malaysia. Beliau suka melukis sejak dia masih muda dahulu. Cita-citanya adalah menjadi seorang artist terkenal apabila beliau dewasa. Walaubagaimanapun, beliau menghabiskan perlajarannya dalam sarjana muda kejuruteraan CADCAM yang bukan dalam bidang seni. Selepas itu, beliau cuba menjadi seorang guru sekolah tapi tidak berjaya. Tetapi cita-citanya tidak dilupai pada bila-bila masa. Sekarang, beliau seorang pelukis dan penulis bagi buku kanak-kanak, freelance designer dan pelukis mural. Beliau telah dalam perjalanan untuk menjadi artist terkenal di Malaysia. Berusaha! Rajinlah!

Tarikh akhir: 31.03.2019